Khamis, 28 Oktober 2010

Pembukaan Mesir

Pembukaan Mesir yang bersejarah
Apabila telah sempurna pembukaan di bumi Syam dan Baitul Maqdis telah kembali kepada agama tauhid ,maka kaum Muslimin telah menzahirkan niat untuk menuju ke bumi Mesir melaului pintu barat Syam .Maka Amru Al As salah seorang daripada panglima pembukaan Islam telah menyatakan Hasrat untuk Membuka Mesir kepada Khalifah Umar ibnul Khattab .Pada peringkat awal dia berasa ragu-ragu untuk membenarakan pendapat ini .Hal ini kerana beliau tidak suka berjauhan dengan tenteranya kerana susah untuk beliau mengetahui perkembangan tenteranya.Tetapi Amru menenangkannya sehingga Khalifah yang adil itu mengizinkannya.

Khalifah Umar pun telah mengetahui hadis tentang orang Mesir yang mendorong beliau untuk mengizinkan tentera Islam membukanya yang mana Rasulullah telah bersabda:
“Apabila Allah membukakan bagi kamu Mesir maka ambillah daripadanya tentera yang keras(gagah)maka ini adalah sebaik-baik tentera di atas bumi.

Menuju Mesir yang dicintai

Amru Al As telah keluar daripada “Qaisariah ” di Syam menuju ke Mesir pada (18 Hijriah -619Masihi) dengan kekuatan tentera 4000 orang dan ada setengah pendapat mengatakan 5000 orang atau 8000 orang. Dia dan tenteranya melalui persisiran Sinai iaitu dari Rafah sehingga tiba di Arish .Amru ibnu Al As dan tenteranya telah membuka kota tersebut dengan tanpa perlawanan .Kemudian dia dan tentera-tenteranya menuju ke bandar yang bernama Farma yang merupakan bandar lama yang benteng Rom yang terkuat di sebelah Timur. Bandar tersebut sekarang dikenali sebagai Port Said .Tentera Islam telah mengepungnya selama sebulan sehingga kota tersebut dibuka pada (Awal Muharran 19 Hijriah -2Januari620 Masihi).Orang- orang Mesir telah bersama membantu tentera Islam.

Perjalanan ke Babylon

Amru telah bergerak menuju ke “Balbis ” pada (15 Muharram 19 Hijriah -16 Januari620 Masihi).Maka Amru dan pasukannya telah mengepung kota tersebut selama sebulan sehingga membukanya setelah melalui pertempuran yang dahsyat dengan tentera Rom .Orang Islam yang telah syahid dengan bilangan yang besar manakala tentera Rom menglami kerugian sebanyak 1000 orang termasuk panglima mereka yang bernama Atravon yang telah terkorban dalam peperangan tersebut . Manakala 3000 tentera Rom telah ditawan .Amru bersama tentera Islam meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Ummu Danin .

Amru meminta bantuan tentera tambahan

Tentera Rom bersegera menuju ke benteng Babylon untuk mengatur pertahanan dan h berlaku peperangan antara 2 belah pihak yang mana tentera Rom mahu mengajak tentera Islam kepada peperangan yang panjang supaya bilangan tentera Islam yang mati syahid dalam pasukan Islam yang kecil ini bertambah . Maka Amru telah menghantar utusan kepada Umar supaya menghantar tentera tambahan 4000 orang . Maka Umar telah menghantar kepadanya 4 oarang sahaja dengan surat yang berbunyi:Aku telah menghantarkan kepada kau 4000 orang setiap seorang daripadanya mewakili 1000 orang. Mereka adalah Zubair ibnu Al Awwam , Ubadah bin Somit, Maslamah bin Makhlad dan Miqdad bin Aswad.Meka semua ini merupakan sahabat Nabi(s.a.w) yang terpilih.

Zubair bin Awwam merupakan hawari(pengawal peribadi) Nabi. Manakala Miqdad bin Aswad merupakan jurucakap Nabi.Begitu juga dengan Ubadah bin Somit merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mengumpulkan AlQuran pada zaman Nabi.Maslamah bin Makhlad pula merupakan seorang penghafaz Al-Quran .

Empat orang sahabat tersebut telah sampai kepada Amru bin Al- As .Maka Amru Al As telah membuat langkah untuk membuka benteng Babylon .Amru Al As telah membuat satu rancangan supaya tentera Rom berperang diluar benteng . Tentera Islam telah menyerang ke atas benteng tersebut kemudian tentera Islam berundur ke belakang yang mana terletaknya Ain Syams . Maka disinilah tentera Rom tamak hendak menghukum tentera Islam yang lari . Maka mereka pun keluar daripada benteng . Inilah yang dikehendakki ole Amru . Maka Amru dan tenteranya pun berhenti daripada lari serta kembali menyerang tentera Rom . Ramai tentera Rom yang terkorban dan baki berundur ke benteng Babylon.

Pengepungan terhadap kota Babylon

Tentera Islam yang dipimpin oleh Amru terus menuju ke benteng Babylon dan mengepungnya selama sebulan .Tentera Islam telah mengepung dengan kepungan yang ketat .
Muqauqis telah menghantar utusan kepada tentera Islam . Utusan tersebut telah ditahan selama 2 hari . Kemudian Amru telah menjawab surat Muqauqis dengan memberi pilihan sama ada mahu memeluk Islam atau bayar jizyah atau perang.

Sekembalinya utusan itu kepada Muqauqis , dia telah menceritakan kepada Muqauqis perihal tentera Islam .Dia berkata“Kami telah melihat kaum yang mencintai mati lebih daripada hidup dan mereka suka bersifat dengan sifat tawaddhu’ sesame mereka daripada meninggi diri , mereka tidak ada keinginan pada dunia dan mereka duduk atas tanah dan makanan mereka atas tunggangan mereka dan ketua mereka seperti salah seorang daripada mereka ”

Kemudian Muqauqis meminta Amru untuk menghantar wakil buat perundingan dengannya .Maka Amru telah memilih sepuluh yang terbaik yang diketuai oleh Ubadah bin somit.Apabila mereka menemui Muqauqis , maka Ubadah bin Somit yang kehadapan menghadap Muqauqis .Muqauqis tidak suka kerana kulitnya yang gelap lalu berkata”Jauhkan aku daripada si hitam ini”.

Berkata delegasi yang lain “Sesungguhnya yang hitam inilah yang baik daripada kami dari segi pandangannya dan berilmu . Sesungguhnya dia telah diperintahkan oleh ketu kami bukan kami dan kami tidak akan menyalahi perintahnya ”.

“Bagaimana kamu redho orang hitam ini lebih baik daripada kamu ?”Muqauqis menyoal.

“Kami tidak membezakan yang hitam pada kami”jawab delegasi yang lain .

“Kedepan wahai si hitam dan cakapalah dengan aku dengan lemah lembut ,sesungguhnya aku takut dengan hitam kau .Sekiranya perkataan kau tu dahsyat ,perasaan takutku akan bertambah ”

Ubadah berkata “Sesungguhnya aku telah mendengar perkataan kau.Sekiranya siapa belakangku daripada sahabat-sahabatku 1000 orang lebih gelap daripadaku dan memburukkan pandanagan dan kalau kau melihat mereka pasti kau lebih takut kepada mereka lebih daripada kau takut padaku”.
Ubadah bin Somit menyambungkan lagi “Tiada kamu bagi kami Kecuali tiga perkara pilih satu daripadanya iaitu Islam, jizyah atau perang ”.

Maka Muqauqis memilih perang .Oleh itu tentera Islam bersiap sedia untuk berperang,maka Zubair ibnul Awwam berkata “Sesungguhnya aku telah menyerahkan diri kepada Allah ”. Kemudian dia dan tentera Islam telah memanjat benteng Babylon yang tinggi itu . Rom tidak berasa apa- apa kecuali gegaran takbir Zubair yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 4 orang yang dikatakan setiap seorang sama dengan 1000 orang .Maka Rom berputus asa dan tidak ada jalan melainkan menyerah kalah serta membuat perjanjian dengan Amru . Maka Amru menerima perjanajian mereka dan menulis surat kepada mereka

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ,Amru telah memberi keamanan kepada orang Mesir pada diri mereka , harta mereka dan diri mereka dan gereja- gereja mereka dan salib mereka, dan dia tidak akan masuk campur atas mereka dan mereka tidak terkurang,dan dan Ahli Nubah tiada boleh menduduki mereka dan ke atas ahli Mesir yang telah membayar jizyah.Barangsiapa daripada Rom dan ahli Nubah yang termasuk dalam perjanjian ini perjanjian ini maka mereka seperti ahli Mesir . Jika mereka enggan dan pilih untuk pergi, mereka tetap aman sehingga mereka sampai ke tempat yang mereka tuju dengan amannya.Semua yang terdapat dalam surat ini ialah perjanjian Allah dan jaminan Rasulnya dan jaminan Amirul Mukminin dan jaminan seluruh Muslimin. ”

Kemudian Muqauqis memberitahu Amru bahawa Raja Rom Hercules menolak perjanjian tersebut .Dia memberitahu Amru bahawa dia bukan orang yang mengikut Rom lagi dan dia berlepas tangan daripada Rom.

Kemudian Amru bersiap sedia ke Iskandariyah .Maka Amru mengutuskan surat kepada Amirul Mukminin mengkhabarkan berita gembira dengan pembukaan Kota Babylon dan meminta izin daripadanya untuk menuju ke Iskandariyah . Khalifah telah mengizinkannya . Rom telah mengetahui niat Amru untuk membuka Iskandariyah ,maka datanglah kapal yang membawa tentera bantuan untuk menghalang tentera Islam daripada membuka Iskandariyah . Amru telah keluar daripada Fustat menuju ke Iskandariyah . Dia telah memilih untuk bergerak dikawasan seblah barat sungai Nil. Perjalanan ke Iskandariyah bukan jalaan yang mudah kerana benteng Rom bertebaran di sepanjang jalan yang terdapat di setiap tempat seperti di Niqius ,Saltis dan Karyun .Benteng Niqius yang dekat dengan Menofia sekarang adalah terdiri daripada seampuh –ampuh benteng dan sekuat-kuat tentera . Amru berpandangan bahawa dia mampu mengalahkan tetera Rom dan menumpulkan ketajaman mereka. .Tentera Rom telah keluar dari kubu mereka dan menyerang tentera Islam . Hal ini beralaku hanya seketika sahaja kerana setela h itu tentera Islam menghapuskan mereka . Kemudian tentera Islam menuju ke benteng Saltis . Disini juga peperangan telah berlaku dan berakhir dengan kehancuran tentera Rom .Tentera Rom telah berlari ke Karyun Tentera Islam menuju ke Karyun . Peperangan disini telah berlaku selama 20 hari dengan tanpa kemenangan antara 2 belah pihak . Pada hari terakhir ,tentera Islam telah berlawan dengan Rom dengan sedahsyat- dahsyatnya sehingga pihak ramai yang terkorban dan sebahagian daripada mereka telah lari ke Iskandariyah.

Pembukaan Iskandariyah
Akhir sekali, tentera Islam telah tiba di Iskandariyah . Tentera Islam telah mengepung Iskandariyah .Tetapi di Iskandariyah terdapat banyak majanik tentera Rom . Oleh kerana itu ,Amru Al As memerintah beberapa battalion tentera Islam membuka kawasan yang belum dibuka supaya kekuatan Rom terkepung antara tenntera Islam dan laut. Semua kawasan di bumi Mesir sudah dibuka oleh tentera Islam kecuali Iskandariyah sahaja.

Hercules telah memberi semangat untuk mempertahankan Iskandariyah . Maka dia menghantar bantuan daripada laut untuk berperang melawan tentera Islam.

Risalah kehancuran dan risalah kemenangan
Tentera Rom telah dikejutkan dengan khabar yang melemahkan mereka yang mana telah datang utusan daripada konstantinople yang mengkhabarkan bahawa Hercules telah meninggal dunia . Ini merupakan bala bagi mereka .Sementara itu, tentera Isalm telah menerima risalah daripada Umar bin AlKhattab untuk meniupakan semangat jihad dikalangan tentera Islam .

Amru telah mengumpulkan tentera Muslimin dan beliau telah membaca kepada mereka risalah daripada Khalifah .Beliau menyeru 4 orang yang dianggap khalifah sama dengan 4000 orang untuk meletakkan mereka di barisan hadapan . Beliau telah menyeru semua semua tentera Islam menyucikan hati dan bersolat 2 rakaat dan berharap kepada Allah Taala dan meminta kepadanya kemenangan .Maka mereka lakukan apa yang disuruh oleh Amru . Amru telah meletakkan Ubadah bin Somit sebagai panglima .Maka peperangan telah berlaku dengan berakhirnya dengan kebinasaan di pihak tentera Rom pada hari yang mana Ubadah dilantik sebagai panglima . Maka tentera Islam menggempur Iskandariyah dan akhirnya Berjaya tawan Iskandariyah

Rabu, 25 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Assalamualaikum sahabat sekalian, semoga antum dalam keadaan sihat sejahtera .Shabat sekalian esok kita akan menyambut hari raya korban tapi adakah kita terfikir sebanayk pengorbanan kita untuk agama .Kita kata kita ikut jejak para sahabat tetapi kenapa kita rasa berat untuk meluangkan masa utk agama. Para sahabat dahulu kehidupan mereka 100 % untuk agama , siang malam dan pagi petang berjalan untuk agama tapi kita pergi kesana sini untuk dunia dan sibuk dgn perbalahan ummah . Para sahabat dahulu nak sampaikan agama terpaksa berperang menghadapi Rom dan Parsi . Cuba kita renungkan wahai sahabat...........

Sabtu, 17 Oktober 2009

Musa bin Nusair

Askum sahabat sekalian kalian , hari ni saya ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah diasah dengan semangat jihad .

Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau dilatih dengan seni perang dan didikan agama. Beliau merupakan tabiin yang mana beliau sempat berjumpa beberapa orang sahabat seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.

Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa beliau telah dilantik sebagai pngawal khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin Marwan dan diperintahkan untuk membuka Maghribi .Apabila beliau telah membuka Maghribi beliau telah menjadi gabenor disitu .Beliau telah memerintah dengan adil hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).

Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama Khalifah pergi menunaikan haji di Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah beliau telah berdoa supaya Allah Taala mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal dalam medan jihad. Allah Taala telah mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun dan beliau dikebumikan di Baqi'

Khamis, 15 Oktober 2009

Malaysia adalah Andalus di zaman lalai

askum sahabta sekalian kenapa ana mengatakan Malaysia adalah Andalus dizamn leka dan lalai in i kerana apayang berlaku sekarang di Mlaysiapernah berlaku di zaman Andalus . Seperti contohnya dari sudut hiburan pada zaman itu masyarakat telah leka dengan tarian-tarian dan nyaniyian yang tidak syar'i .Masyarakt ketika itu lebih suka mendengar cerita yang memuaskan nafsu mereka dan melalaikan mereka daripada mendengar kisah-kisah perjuangan para sahabat dan pejuang Islam .Semangat mereka untuk berjuang di jalan Allah untuk melawan pihak kuffar telah luntur.Kita lihat pula hal masyarakat di Malaysia ,masyarakat lebih suka berhibur dengan rancangan tv yang tidak banyak yang membawa manfaat seperti contohnya rancangan Af, siap ada episod lagi .Itulah yang disukai oleh pemuda dan pemudi malaysia yang suka hendak berhibur saja Ada diantara mereka mendaftar diri untuk menjadi peserta di AF lagi .Ada yang pelik tu siapa menangis apbila terkeluar daripada saingan .Sepatutnya kita menangis apabila kita tak dapat berjuang seperti para sahabat dan tabiin untuk menyampaikan ADDIN yang suci ini .Kenapa penerbit filem dinegara kita tidak menerbitkan kisah-kisah para sahabat dan kisah -kisah perjuangan Islam dalam versi Melayu.Mereka lebih suka menerbitkan filem yang berunsurkan perkara yang melalaikan . Ada diantara penebit filem yang sanggup memberikan modal untuk anaknya untuk menerbitkan filem yang berunsurkan bohsia dan bohjan .Itulah yang pemuda pemudi sukakan .Ana terfikir sekiranya Umat Islam di Malaysia diserang tentera 2 Ahzab adakah akan muncul Rijal2 yang angkat bangkit berjuang untuk Agama Islam ini.. Bersambung............