Rabu, 25 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Assalamualaikum sahabat sekalian, semoga antum dalam keadaan sihat sejahtera .Shabat sekalian esok kita akan menyambut hari raya korban tapi adakah kita terfikir sebanayk pengorbanan kita untuk agama .Kita kata kita ikut jejak para sahabat tetapi kenapa kita rasa berat untuk meluangkan masa utk agama. Para sahabat dahulu kehidupan mereka 100 % untuk agama , siang malam dan pagi petang berjalan untuk agama tapi kita pergi kesana sini untuk dunia dan sibuk dgn perbalahan ummah . Para sahabat dahulu nak sampaikan agama terpaksa berperang menghadapi Rom dan Parsi . Cuba kita renungkan wahai sahabat...........

Sabtu, 17 Oktober 2009

Musa bin Nusair

Askum sahabat sekalian kalian , hari ni saya ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah diasah dengan semangat jihad .

Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau dilatih dengan seni perang dan didikan agama. Beliau merupakan tabiin yang mana beliau sempat berjumpa beberapa orang sahabat seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.

Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa beliau telah dilantik sebagai pngawal khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin Marwan dan diperintahkan untuk membuka Maghribi .Apabila beliau telah membuka Maghribi beliau telah menjadi gabenor disitu .Beliau telah memerintah dengan adil hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).

Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama Khalifah pergi menunaikan haji di Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah beliau telah berdoa supaya Allah Taala mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal dalam medan jihad. Allah Taala telah mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun dan beliau dikebumikan di Baqi'

Khamis, 15 Oktober 2009

Malaysia adalah Andalus di zaman lalai

askum sahabta sekalian kenapa ana mengatakan Malaysia adalah Andalus dizamn leka dan lalai in i kerana apayang berlaku sekarang di Mlaysiapernah berlaku di zaman Andalus . Seperti contohnya dari sudut hiburan pada zaman itu masyarakat telah leka dengan tarian-tarian dan nyaniyian yang tidak syar'i .Masyarakt ketika itu lebih suka mendengar cerita yang memuaskan nafsu mereka dan melalaikan mereka daripada mendengar kisah-kisah perjuangan para sahabat dan pejuang Islam .Semangat mereka untuk berjuang di jalan Allah untuk melawan pihak kuffar telah luntur.Kita lihat pula hal masyarakat di Malaysia ,masyarakat lebih suka berhibur dengan rancangan tv yang tidak banyak yang membawa manfaat seperti contohnya rancangan Af, siap ada episod lagi .Itulah yang disukai oleh pemuda dan pemudi malaysia yang suka hendak berhibur saja Ada diantara mereka mendaftar diri untuk menjadi peserta di AF lagi .Ada yang pelik tu siapa menangis apbila terkeluar daripada saingan .Sepatutnya kita menangis apabila kita tak dapat berjuang seperti para sahabat dan tabiin untuk menyampaikan ADDIN yang suci ini .Kenapa penerbit filem dinegara kita tidak menerbitkan kisah-kisah para sahabat dan kisah -kisah perjuangan Islam dalam versi Melayu.Mereka lebih suka menerbitkan filem yang berunsurkan perkara yang melalaikan . Ada diantara penebit filem yang sanggup memberikan modal untuk anaknya untuk menerbitkan filem yang berunsurkan bohsia dan bohjan .Itulah yang pemuda pemudi sukakan .Ana terfikir sekiranya Umat Islam di Malaysia diserang tentera 2 Ahzab adakah akan muncul Rijal2 yang angkat bangkit berjuang untuk Agama Islam ini.. Bersambung............

Selasa, 29 September 2009

Sahabat sekalian

askum sahabt sekalin amat penting sekali untuk kita menguasai sejarah agar ki mengetahui siapa kita sebenarnya dan agar kita dapat menyingkap kegemilangan zaman nubuwah dan kegemilangan Islam .Amin...........

Jumaat, 25 September 2009

Pembukaan andalus tajuk 1

Setelah Islam berkembang di Maghribi , Musa bin Nusair Pamglim Islam terkenal bercita-cita nak menyebarkan agama suci ni di benua Eropah .Kebetulan pada ketika itu di bumi sepanyol (andalus) berlaku pergolakan antara Raja Sepanyol Roderick dengan pemerintah Sabtah yang bernama Julian yang mana Roderick nengambil kesempatan ke atas ank perempuannya yang dihantar ke wilayah Roderick untuk menuntut ilmu. Setelah itu Julian ke Tonga berjumpa dengan Toriq bin Ziyad untuk meminta pertolongan daripda kaum Muslimin.Setelah itu Toriq bin Ziyad meminta izin daripada panglimanya Musa bin Nusair untuk membuka Andalus . Kemudian Musa bin Nusair menghantar utusan kepada Khalifah Al Walid bin Abdul Malik untuk membuka Andalus . Setelah mendapat keizinan Khalifah ,maka Musa bin Nusair memerintahkan 7000 mujahid daripada kaum barbar dan segelintir daripada arab dibawah pimpinan Toriq bin ziyad bergerak ke bumi Andalus pada bulan Rejab 92 Hijrah .
Setibanya di bumi Andalus kesemua para mujahid bermalam atas bukit yang kemudian dinamakan bukit tersebut dengan nama Jabal Toriq sempena nama Toriq bin Ziyad .Setelah itu tiba lagi bantuan sebanyak 5000 orang pejuang.Keseluruhan pejuang Islam berjumlah 12000 orangPerkara pertama yang dilakukan oleh Toriq bin ziyad yelah membakar kapal -kapal para mujahid supaya mereka tak terfikir untuk pulang selagi agama tak tersebar di bumi Andalus. Setelah iutu Roderick mengetahui ketibaan tentera Muslimin , maka beliau dan tenteranya berangkat dari tolatelo(tulaitilah) ke tempat yang bernama wadi lukkah .Maka disinilah bertemu antara dua pasukan iaitu para pejuang Islam dibawah pimpinan Toriq bin Ziyad dan tentera kuffar dibawah pimpinan Roderick .Pada 27 Ramadhan 92 hijrah berlakulah pertempuran antara dua pihak ini .Para pejuang Islam bertempur dengan keberanian walaupun mereka menghadapi musuh yang berjumlah lebih kurang 100000 orang . Di dalam pertempuran ini roderick terbunuh dan para pejuang Islam mendapat kemenangan yang gilang gemilang .

Setelah pertempuran tersebut Toriq bin Ziyad telah membahagikan tenteranya kepada 4 pasukan untuk membuka wilayah yang lain .Mereka bergabung semula di bandar yang nama Tulaitulah.Manakala Musa bin Nusair dan pasukannya telah menuruti dari belakang dan membuka wilayah yang tidak dibuka oleh Toriq bin Ziyad dan mereka juga bergabung di Tulaitulah dan seterusnya mereka bersama membuka wilayah yang lain sehingga mendapat perintah daraipada Khalifah Al Walid untuk keluar daripada Andalus

Tuan-tuan yang mulia cuba kita lihat kisah awal pembukaan Andalus,Allah Taala telah memuliakan seseorang bukan kerana bangsa seseorang itu tapi apabila seseorang itu bergerak kerana agama ALLAH . Kalau kita lihat Toriq bin Ziyad dia bukan berbangsa Arab tapi dia adalah orang barbar dan dia faham AD-DEEN ni perlu disebarkan .ALLAHUAKHBAR