Sabtu, 17 Oktober 2009

Musa bin Nusair

Askum sahabat sekalian kalian , hari ni saya ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah diasah dengan semangat jihad .

Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau dilatih dengan seni perang dan didikan agama. Beliau merupakan tabiin yang mana beliau sempat berjumpa beberapa orang sahabat seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.

Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa beliau telah dilantik sebagai pngawal khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin Marwan dan diperintahkan untuk membuka Maghribi .Apabila beliau telah membuka Maghribi beliau telah menjadi gabenor disitu .Beliau telah memerintah dengan adil hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).

Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama Khalifah pergi menunaikan haji di Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah beliau telah berdoa supaya Allah Taala mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal dalam medan jihad. Allah Taala telah mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun dan beliau dikebumikan di Baqi'

Khamis, 15 Oktober 2009

Malaysia adalah Andalus di zaman lalai

askum sahabta sekalian kenapa ana mengatakan Malaysia adalah Andalus dizamn leka dan lalai in i kerana apayang berlaku sekarang di Mlaysiapernah berlaku di zaman Andalus . Seperti contohnya dari sudut hiburan pada zaman itu masyarakat telah leka dengan tarian-tarian dan nyaniyian yang tidak syar'i .Masyarakt ketika itu lebih suka mendengar cerita yang memuaskan nafsu mereka dan melalaikan mereka daripada mendengar kisah-kisah perjuangan para sahabat dan pejuang Islam .Semangat mereka untuk berjuang di jalan Allah untuk melawan pihak kuffar telah luntur.Kita lihat pula hal masyarakat di Malaysia ,masyarakat lebih suka berhibur dengan rancangan tv yang tidak banyak yang membawa manfaat seperti contohnya rancangan Af, siap ada episod lagi .Itulah yang disukai oleh pemuda dan pemudi malaysia yang suka hendak berhibur saja Ada diantara mereka mendaftar diri untuk menjadi peserta di AF lagi .Ada yang pelik tu siapa menangis apbila terkeluar daripada saingan .Sepatutnya kita menangis apabila kita tak dapat berjuang seperti para sahabat dan tabiin untuk menyampaikan ADDIN yang suci ini .Kenapa penerbit filem dinegara kita tidak menerbitkan kisah-kisah para sahabat dan kisah -kisah perjuangan Islam dalam versi Melayu.Mereka lebih suka menerbitkan filem yang berunsurkan perkara yang melalaikan . Ada diantara penebit filem yang sanggup memberikan modal untuk anaknya untuk menerbitkan filem yang berunsurkan bohsia dan bohjan .Itulah yang pemuda pemudi sukakan .Ana terfikir sekiranya Umat Islam di Malaysia diserang tentera 2 Ahzab adakah akan muncul Rijal2 yang angkat bangkit berjuang untuk Agama Islam ini.. Bersambung............