Sabtu, 17 Oktober 2009

Musa bin Nusair

Askum sahabat sekalian kalian , hari ni saya ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah diasah dengan semangat jihad .

Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau dilatih dengan seni perang dan didikan agama. Beliau merupakan tabiin yang mana beliau sempat berjumpa beberapa orang sahabat seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.

Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa beliau telah dilantik sebagai pngawal khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin Marwan dan diperintahkan untuk membuka Maghribi .Apabila beliau telah membuka Maghribi beliau telah menjadi gabenor disitu .Beliau telah memerintah dengan adil hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).

Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama Khalifah pergi menunaikan haji di Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah beliau telah berdoa supaya Allah Taala mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal dalam medan jihad. Allah Taala telah mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun dan beliau dikebumikan di Baqi'

1 ulasan: