Khamis, 24 September 2009

Gagal bukan selama2 nya

Salam semua...

Dlm sesebuah kehidupan sentiasa ad pasang surutnya,jatuh bangun dan macam-macam lagi.Itu la lumrah kehidupan.Andai tidak jatuh, kita takkan tahu dan mungkin kita akan jadi riak pd orang lain.Bersyukurlah apabila kita jatuh,kita cuba belajar memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu dan kita bangun dan memulakan strategi.Mungkin sekadar cubaan pertama tak berhasil,maka kita perlu lagi usaha yang kuat dan gigih untuk dapatkan starategi kedua ataupun ketiga.Pesan ini dituju pada diri sendiri juga walau kita pernah jatuh dahulu, INGAT jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh tak mustahil satu hari nanti KEJAYAAN itu menjadi milik kita.Dengan usaha dan tawakal pada Nya, insyallah DIA akan memudahkan urusan kita.Contoh di bawah;

Ia serupa juga apabila kita membuka satu perniagaan dan nasib kita pd masa itu tidak berapa baik.Saingan terlalu banyak dan kadang-kadang ad juga menjual barangan yang hampir sama dengan kita.Ad juga meniru barangan kita dan macam-macam lagi.Harga barang yang ditawarkan juga bergantung dengan produk yang dijual.Ad yang mahal dan ad yang murah. Jadi untuk menarik minat pelanggan,kita perlu aturkan satu strategi.Pelanggan mgkin mahukan harga yang berpatutan dan barang itu berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Dalam bisnes juga, apabila sesebuah perniagaan itu tak mampu bertahan ( hutang bank yang menimbun) membuatkan owner sesebuah syarikat mengesahkan utk Bankrup.Ini adalah salah satu cabaran dan ujian dalam Bisnes.Jd, sebagai pemilik syarikat kita perlu mengkaji kesilapan yang dilakukan dan cuba menyelesaikan masalah dengan berunding dengan mereka yang berkenaan.Mungkin kita tidak melihat dan tidak pandai menilai kehendak pengguna,dan mungkin juga barang yang kita hasilkan tidak sesuai dipasarkan.

Kaedah yang seakan sama juga boleh dijalankan apabila kita bergelar penuntut atau lebih sesuai dedifinasikan sebagai Mahasiswa/siswi. Setiap kejayaan tak semestinya akan terus berakhir dengan kejayaan dan setiap kegagalan juga tak semestinya akan berakhir dengan kegagalan. Kita mungkin tidak mahu gagal tapi jika sudah tersurat kita akan gagal,maka kita akan gagal.Namun, setiap apa yang berlaku pasti ad hikmahnya. Kegagalan itu menguji kita untuk kita membuat yang terbaik di masa akan datang.Pernah tak kita bertanya di dalam hati, aku belajar ini untuk siapa dan apa yang aku boleh sampaikan apabila aku habis nanti'.Soalan-soalan begini setidak-tidaknya ia boleh membangkitkan azam kita untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh.INGAT, setiap perkara yang kita lakukan kita perlukan STRATEGI..berperang juga memerlukan strategi lebih-lebih lagi dalam susunan kumpulan askar-askar pejuang.Di dalam exam juga ia seakan-akan medan peperangan.Jatuh bangun semuanya bermula disini.
Jadi,sentiasalah kita kuat berazam dan berusaha. Untuk mendapat apa yang kita inginkan,ia tak semudah ABC.Jd,usaha n semangat yang jitu dismaping berdoa dan bertawakal adalah resepi kejayaan.Semoga coretan yang disampaikan dapat membuka minda kepada pembaca-pembaca blog disini.

Salam penuh keceriaan
Mutiara Hati85

Tiada ulasan:

Catat Ulasan