Jumaat, 25 September 2009

Pembukaan andalus tajuk 1

Setelah Islam berkembang di Maghribi , Musa bin Nusair Pamglim Islam terkenal bercita-cita nak menyebarkan agama suci ni di benua Eropah .Kebetulan pada ketika itu di bumi sepanyol (andalus) berlaku pergolakan antara Raja Sepanyol Roderick dengan pemerintah Sabtah yang bernama Julian yang mana Roderick nengambil kesempatan ke atas ank perempuannya yang dihantar ke wilayah Roderick untuk menuntut ilmu. Setelah itu Julian ke Tonga berjumpa dengan Toriq bin Ziyad untuk meminta pertolongan daripda kaum Muslimin.Setelah itu Toriq bin Ziyad meminta izin daripada panglimanya Musa bin Nusair untuk membuka Andalus . Kemudian Musa bin Nusair menghantar utusan kepada Khalifah Al Walid bin Abdul Malik untuk membuka Andalus . Setelah mendapat keizinan Khalifah ,maka Musa bin Nusair memerintahkan 7000 mujahid daripada kaum barbar dan segelintir daripada arab dibawah pimpinan Toriq bin ziyad bergerak ke bumi Andalus pada bulan Rejab 92 Hijrah .
Setibanya di bumi Andalus kesemua para mujahid bermalam atas bukit yang kemudian dinamakan bukit tersebut dengan nama Jabal Toriq sempena nama Toriq bin Ziyad .Setelah itu tiba lagi bantuan sebanyak 5000 orang pejuang.Keseluruhan pejuang Islam berjumlah 12000 orangPerkara pertama yang dilakukan oleh Toriq bin ziyad yelah membakar kapal -kapal para mujahid supaya mereka tak terfikir untuk pulang selagi agama tak tersebar di bumi Andalus. Setelah iutu Roderick mengetahui ketibaan tentera Muslimin , maka beliau dan tenteranya berangkat dari tolatelo(tulaitilah) ke tempat yang bernama wadi lukkah .Maka disinilah bertemu antara dua pasukan iaitu para pejuang Islam dibawah pimpinan Toriq bin Ziyad dan tentera kuffar dibawah pimpinan Roderick .Pada 27 Ramadhan 92 hijrah berlakulah pertempuran antara dua pihak ini .Para pejuang Islam bertempur dengan keberanian walaupun mereka menghadapi musuh yang berjumlah lebih kurang 100000 orang . Di dalam pertempuran ini roderick terbunuh dan para pejuang Islam mendapat kemenangan yang gilang gemilang .

Setelah pertempuran tersebut Toriq bin Ziyad telah membahagikan tenteranya kepada 4 pasukan untuk membuka wilayah yang lain .Mereka bergabung semula di bandar yang nama Tulaitulah.Manakala Musa bin Nusair dan pasukannya telah menuruti dari belakang dan membuka wilayah yang tidak dibuka oleh Toriq bin Ziyad dan mereka juga bergabung di Tulaitulah dan seterusnya mereka bersama membuka wilayah yang lain sehingga mendapat perintah daraipada Khalifah Al Walid untuk keluar daripada Andalus

Tuan-tuan yang mulia cuba kita lihat kisah awal pembukaan Andalus,Allah Taala telah memuliakan seseorang bukan kerana bangsa seseorang itu tapi apabila seseorang itu bergerak kerana agama ALLAH . Kalau kita lihat Toriq bin Ziyad dia bukan berbangsa Arab tapi dia adalah orang barbar dan dia faham AD-DEEN ni perlu disebarkan .ALLAHUAKHBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan